
Ini adalah panduan ringkas untuk memohon Rayuan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS). Bantuan Khas Sarawakku Sayang ini diberikan kepada golongan B40 sebanyak RM 250 selama 6 bulan. Proses pembayaran mengikut senarai penerima yang layak Bantuan Sara Hidup Januari 2020 sudah pun dimulakan secara berperingkat sejak semalam.
Walaubagaimanapun, masih ada rakyat Sarawak yang layak mendapatkan bantuan tetapi tidak tersenarai sebagai penerima bantuan tersebut lantaran namanya tidak layak seperti dalam sistem Bantuan Sara Hidup.
Jangan risau. Anda masih boleh membuat rayuan permohonan Bantuan Khas Sarawakku Sayang sebelum tarikh tutup.
Semak Syarat Kelayakan Dulu
Sebelum anda membuat permohonan, semak syarat kelayakan seperti berikut;
- Penduduk Sarawak yang merupakan ketua isi rumah (suami atau isteri) dari golongan B40 dengan jumlah pendapatan isi rumah adalah kurang RM 4,000 sebulan; atau
- Bujang (berumur 40 tahun hingga 59 tahun / OKU berumur 18 tahun hingga 59 tahun)dengan pendapatan kurang RM2,000 sebulan.
Nak tahu macam mana? Ikuti panduan berikut.
1. Tekan butang dibawah untuk mengisi borang permohonan rayuan secara ‘online’ dengan lengkap
Borang Permohonan Rayuan Bantuan Sarawakku Sayang
Apabila selesai mengisi borang tersebut, ia hendaklah dihantar ke Pejabat Daerah yang berdekatan dengan tempat kediaman anda.
Tarikh akhir rayuan adalah pada 28 April 2020.
Keputusan semakan boleh dibuat selepas 15 Mei 2020 melalui dua saluran;
1. Laman web sarawak.gov.my , atau
2. Menghubungi Pejabat Daerah masing-masing
Penting: Jika anda layak tetapi tidak tersenarai, kemukakan permohonan anda segera sebelum tarikh akhir permohonan tersebut tamat.
Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini supaya lebih ramai tahu maklumat terkini tentang bantuan tersebut. Anda akan membantu lebih ramai orang yang layak mendapatkan bantuan tetapi gagal pada permohonan fasa pertama.