Seorang Iban dilantik menjadi Setiausaha Politik Negara


KUCHING: Lidam Assan, seorang Iban dari Sarawak telah dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi.

Manakala Datuk Sri Syed Hamzah Syed Paie pula dilantik sebagai Setiausaha Politik Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Jnaidi Tuanku Jaafar.

Seramai 25 setiausaha politik kepada menteri semalam mengangkat sumpah jawatan di hadapan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Majlis ringkas yang diadakan di Putrajaya itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali.

Muhyiddin menerusi catatan dalam laman Twitter dan Facebooknya berkata, upacara mengangkat sumpah jawatan diketuai oleh setiausaha politik kepada Perdana Menteri, Datuk Mohd Nardin Awang.