Sehingga 11 Mei 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 70 kes, baharu yang telah dilaporkan, di mana 31 kes adalah di kalangan bukan warganegara Malaysia. Ingin dimaklumkan juga, bahawa daripada 70 kes baharu yang dilaporkan hari ini, terdapat 13 kes import dan 57 kes penularan tempatan.
Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,726 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,504 kes.
Di Sabah pula, jumlah kes positif COVID-19 hari ini meningkat secara mendadak apabila merekodkan 10 kes baharu walaupun telah mencatatkan tiada kes selama 3 hari berturut-turut. Ini menjadikan jumlah kes keseluruhan di Sabah adalah sebanyak 327 kes
Daerah yang mencatatkan kenaikan iaitu Lahad Datu 4 kes; Tawau 1 kes; Keningau 2 kes dengan seorang pesakit yang dirawat semula; dan Semporna 3 kes. Sehingga kini, seramai 33 orang pesakit masih dirawat di Hospital.
Sumber : KKM
