COVID-19 : Sabah catat kluster baharu. Ini puncanya.


Sabah hari ini telah mencatatkan satu kluster baharu iaitu dari dalam kalangan pelajar institut pengajian tinggi (IPT).

Ia berikutan dua pertambahan kes positif COVID-19 yang membabitkan dari kalangan pelajar IPT di Kota Kinabalu, semalam.

"Dua kes ini membabitkan pelajar di institusi pengajian sama dengan kes yang dilaporkan pada 12 Mei lalu.

"Secara keseluruhannya, setakat ini terdapat tiga kumulatif kes bagi kluster terbabit di negeri ini.

"Bagaimanapun, semua individu yang terbabit sudah dimasukkan ke hospital bagi menjalani rawatan," kata Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Christina Rundi, dalam sidang media di Kota Kinabalu hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata punca jangkitan masih dalam siasatan. Selain itu, aktiviti kawalan dan pencegahan di IPT berkenaan masih giat dilaksanakan.

Terdahulu, Sabah merekodkan 330 kes positif COVID-19 sehingga semalam sementara sebanyak 58,475 ujian sudah dijalankan membabitkan sampel di seluruh negeri sehingga kelmarin.