![]() |
| Suasana Menara Berkembar Petronas (KLCC) pada waktu malam. |
Pembangunan di dalam negara kita pada hari ini telah berkembang pesat sejajar dengan pertumbuhan ekonomi yang mengalami kenaikan yang tinggi sekaligus menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang berkembang ke arah kemajuan.
Pada tahun 1998, Malaysia telah mencacat sejarah dunia apabila sebuah menara berkembar iaitu Menara Berkembar PETRONAS atau lebih dikenali sebagai KLCC telah dirasmikan dan menjadikan ia sebagai sebuah bangunan tertinggi di dunia pada saat itu.
![]() |
| Menara Tun Razak Exchange 106 yang telah siap dibina pada hujung tahun 2019. |
Setelah lebih 20 tahun menjadi bangunan tertinggi di Malaysia, 2 buah bangunan tertinggi lagi telah di bina iaitu Tun Razak Exhange 106 yang telah siap dibina pada penghujung tahun 2019 dan PNB118 Tower yang dijangka siap pada tahun 2021 sekaligus menjadikan bangunan tersebut yang tertinggi di Malaysia dan antara 3 bangunan tertinggi di dunia.
Namun, anda salah sekiranya anda menjangkakam bahawa Malaysia telah serik untuk membina bangunan pencakar langit kerana sekitar tahun 2030 nanti, Malaysia akan membina sebuah lagi bangunan pencakar langit yang dijangka akan mencapai ketinggian lebih 700 meter.
Bangunan tersebut diberi nama Tower M. Tower M bukanlah merujuk kepada mana-mana individu mahupun huruf pertama bagi nama Malaysia tetapi ia diambil dari lot lokasi ditempatkan bangunan itu akan dibina iaitu, lot M.
Lokasi Tower M ini terletak di lot M disekitar KLCC dan berdekatan dengan stesen MRT. Ia akan dibina oleh pemaju KLCC iaitu KLCC Property Holdings.
Walaupun bangunan ini akan dibina pada tahun 2030, kerja-kerja bawah tanah telah dijalankan sejak tahun 2018. Sekiranya bangunan ini siap dibina nanti, ia akan menjadi bangunan tertinggi di Malaysia


