Permohonan Bantuan COVID-19 belum dibayar? Ini Sebabnya

Bantuan COVID-19 Negeri Sabah

Semenjak Pandemik COVID-19 ini merebak ke negara kita, ramai pihak telah maju ke hadapan untuk memberi bantuan kepada rakyat Malaysia yang terjejas. Ini termasuklah kerajaan Negeri Sabah yang telah mewujudkan Bantuan COVID-19 Negeri Sabah untuk membantu rakyatnya.

Namun, ramai rakyat telah mengeluh kerana proses kelulusan permohonan agak lewat dan ada jugak rakyat yang sepatutnya layak menerima bantuan tetapi gagal dalam permohonan atau pembayaran belum dikreditkan ke dalam akaun bank masing-masing.

Oleh yang demikian, terdapat pelbagai persoalan yang diajukan oleh mereka untuk mengetahui status sebenar mereka yang belum mendapatkan bantuan.

Ini adalah contoh soalan dan jawapan yang mungkin mampu menjawab persoalan anda:

1. PENGHANTARAN PERMOHONAN

Soalan: Bagaimanakah saya mengetahui permohonan telah sampai kepada agensi yang mengendalikan bantuan?
Jawapan: Status penyemakan akan memaparkan "Permohonan sedang diproses".

Soalan: Bolehkah saya mengemaskini maklumat dalam permohonan yang telah dihantar?
Jawapan: Anda boleh membuat panggilan ke Pusat Panggilan Bantuan B40 untuk meminta pengaktifan bagi tujuan pengemaskinikan borang sekali lagi.

Soalan: Bagaimanakah saya mengetahui permohonan sudah diluluskan?
Jawapan: Status penyemakan akan memaparkan "Pembayaran sedang diproses".

Soalan: Bagaimanakah saya mengetahui sekiranya permohonan ditolak?
Jawapan: Status penyemakan akan memaparkan mesej yang permohonan anda telah ditolak atas sebab-sebab yang dipaparkan.

Soalan: Bolehkah saya menghantar lebih dari satu permohonan?
Jawapan: Anda tidak digalakkan menghantar lebih dari satu permohonan, sebab akan melambatkan proses pembayaran.

2. BAYARAN MASUK DUIT BANTUAN

Soalan: Bagaimanakah saya mengetahui duit bantuan sudah dimasukkan ke dalam akaun?
Jawapan: Status penyemakan akan memaparkan "Pembayaran Berjaya"

Soalan: Apakah yang menyebabkan pembayaran tidak dapat dibuat bagi permohonan yang lulus?
Jawapan: Antara punca-punca adalah seperti berikut:

  • Akaun bank yang tidak aktif atau dibekukan.
  • Nama akaun bank adalah akaun bank yang bersama (bukan akaun individu)
  • Pembayaran ditolak oleh bank dengan sebab-sebab yang tertentu oleh bank.
  • Salah bank atau nombor akaun bank.
  • MyKad tidak sah.
  • Menggunakan ASB, Tabung Haji.
  • MyKad pemilik akaun bank tidak sama dengan MyKad pemohon.

Soalan: Saya dan rakan-rakan yang lain membuat permohonan pada hari yang sama. Tetapi mengapa saya belum mendapat duit bantuan sedangkan rakan-rakan yang lain sudah?
Jawapan: Bagi permohonan yang sedia ada (sebelum 15/04/2020), sebahagian besar data telah diproses untuk pengesahan dan dibuat pembayaran. Permohonan baru bergantung kepada proses tapisan diperingkat jabatan.

Perkara berikut antara punca yang boleh melambatkan proses:

  • Tidak layak
  • Salah bank atau nombor akaun bank
  • Maklumat dicurigai atau tidak lengkap
  • MyKad tidak sah
  • Akaun bank telah dibekukan
  • Menggunakan ASB atau Tabung Haji
  • MyKad pemilik akaun bank tidak sama dengan MyKad pemohon

3. PAKEJ BANTUAN COVID-19 SABAH UNTUK B40 (RM300 ONE-OFF)

Pengagihan ini terbahagi kepada tujuh (7) kategori;
     1. Anak-Anak Sabah Yang Bekerja Di Semenanjung Malaysia
         Sila berhubung dengan Pejabat Perhubungan Negeri Sabah;
           i. Puan Sabariah- 012-3614619
           ii. Puan Erdawaty- 016-8345145
           iii. Puan Haisah- 016-8464372
           iv. Encik Mohd Azwan- 019-8236712
           v. Encik Hasryl- 0193868282

     2. Pemandu Teksi
         Diselaras oleh Unit Pengangkutan Awam, Kementerian Pembangunan Infrastruktur, Encik Burhan Nuddin Muhmuddin di talian 019-8304406

     3. Kumpulan B40 Dalam Senarai eKasih
         Sila berhubung dengan;
           i. Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah- 088-254316
           ii. Timbalan Setiausaha Tetap KPLB- 019-5323446
           iii. Setiausaha Rendah- 014-33289755
           iv. Akauntan- 019-8618901

      4. Pekebun Kecil, Petani, Penternak dan Nelayan
          Kementerian Pertanian dan Industri Makanan
           i. Puan Alijah Ismail – 013-8703828
           ii. Puan Maria David – 013-8777605
           iii. Jabatan Pertanian Sabah
                - Encik Abdul Latip – 019-8517370
           iv. Jabatan Perikanan Sabah
                - Encik Godfrey Kissey 016 8115 386
                - Encik Azhar Kassim 019 84173 253 
           v. Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah
                - Dr. Hjh. Norma – 019-8814124
           vi. Lembaga Industri Getah Sabah
                - Encik Sabdil Tanjung – 016-8305852
                - Encik Eswadi Roslan – 019-8300434
                - Encik Themothy Joikon – 013-8582935
           vii. Ko-Nelayan
                - Puan Cabrini Chia – 017-8110610
           viii. Korporasi Pembangunan Desa (KPD)
                - Dr. Rainal Lasumin – 019-8128892

       5. Porter/ Malim Gunung (Seramai 399 Orang)
           Sila berhubung dengan Taman-Taman Sabah- 019-821007

       6. Freelance Tour Guide
           Sila hubungi Lembaga Pelancongan Sabah melalui e-mel info@sabahtourism.com
           No. Telefon – 088 - 212121 / 218620 / 219310

       7. Kumpulan ‘Vulnerable’ Seperti Warga Tua, Anak-anak Yatim, Orang Kelainan Upaya
           Berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Sabah
           Sila berhubung dengan Pegawai Pembangunan Masyarakat
            i. Puan Rokiah Haji Salleh di talian 088-255133/ 255134/ 012-8374760

       8. Ibu-ibu Tunggal
           Berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah
            i. Puan Haslina Ismail - 013-8796445
            ii. Puan Christina Gimbad - 013-8920008