Sabah melancarkan sistem bantuan COVID-19 baharu. Mohon sekarang!

Bantuan COVID-19 Sabah

Kerajaan Sabah telah melancarkan sistem baharu bantuan daripada kerajaan negeri bagi memudahkan orang ramai menyemak status permohonan mereka.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong, berkata sistem sedia ada iaitu wecare.sabah.gov.my telah digantikan sejak 15 April lalu dengan sistem baharu iaitu bantuan.covid19.sabah.gov.my.

“Sistem baharu ini mengintegrasikan data-data di dalam sistem terdahulu.

“Sistem berkenaan juga diperluaskan bagi membolehkan permohonan dan semakan bantuan COVID-19 Sabah,” katanya melalui kenyataan media di Kota Kinabalu baru-baru ini.

Dalam pada itu, Safar berkata, permohonan bantuan tersebut layak bagi warga Sabah dari keluarga berpendapatan 40 peratus terendah (B40) yang berada di Semenanjung dan Sarawak.

Siaran Berkaitan
Kadar Zakat Fitrah di Sabah dan boleh bayar melalui atas talian (ONLINE)
IPT perlu ikut SOP KPT, Pelajar Sabah dan Sarawak perlu dikuarantin WAJIB!
Mari Belajar Bahasa Sabah

Tambah beliau lagi, ia turut merangkumi hampir semua rakyat Sabah layak memohon termasuklah pemandu teksi, bas, lori dan kereta sewa.

“Malahan petani, pekebun Kecil, nelayan, penternak, malim gunung, warga tua, anak yatim, ibu tunggal serta orang kurang upaya (OKU) turut menikmati bantuan sama yang diberikan kerajaan negeri.

“Semua rekod dan data permohonan yang dimohon melalui sistem lama sudah diintegrasikan ke dalam sistem terkini serta dihubungkan secara automatik ke sistem baharu.

“Kerajaan negeri memberi jaminan keselamatan dan integriti data pemohon yang dikemuka juga terpelihara,” katanya.

Tekan butang dibawah untuk buat semakan dan permohonan.

TEKAN SINI