Line Digi anda ada masalah lagging? Begini cara Setting APN Digi yang betul, mudah dan ringkas. Dijamin LAJU!!


Setiap telco mesti ada kelemahan mereka masing-masing tidak kira anda menggunakan rangkaian telco mahupun WiFi. Antara masalah yang sering kita hadapi ialah lagging terutamanya ketika bermain permainan video seperti PUBG Mobile, Mobile Legend, Call Of Duty Mobile dsb; serta menonton video dan melayari YouTube.

Banyak andaian dan sangkaan yang kita lakukan sekiranya terjadi masalah tersebut. Antara ialah kawasan yang terpencil, spesifikasi telefon yang rendah dan sebagainya. Mungkin perkara tersebut benar tetapi tahukah anda bahawa masalah tersebut boleh diselesai dengan hanya menukarkan setting (konfigurasi) APN ditelefon pintar anda.

Kali ini, kami akan menunjukkan bagaimana setting (konfigurasi) APN yang betul untuk telco DiGi di tahun 2020. Gerenti laju dan kurang masalah lagging!

Sebelum itu, mari kita ketahui kenapa APN ini sangat penting bagi penyambungan internet ditelefon pintar anda.

APN ini adalah penting kerana ia akan menentukan samada telefon pintar anda dapat disambungkan ke talian internet dengan betul atau sebaliknya. APN Digi merupakan penetapan internet yang dikendalikan oleh Digi bagi memudahkan rangkaian internet, 3G, 4G dan GPRS. Sekiranya anda tidak membuat penetapan APN di telefon pintar anda, maka talian internet tidak dapat digunakan. Walaubagaimanapun, penetapan APN boleh ditetapkan secara automatik, namun ia juga boleh ditetapkan secara manual sekiranya penetapan secara automatik tidak berlaku.

Jika anda ingin membuat penetapan APN Digi, berikut merupakan cara mudah untuk membuat penetapan dan boleh dilakukan di rumah sahaja tanpa perlu mendapatkan bantuan dari kaunter Customer Service Digi.

Berikut ini cara membuat penetapan APN Digi yang menggunakan sistem android adalah seperti berikut :

1. Buka telefon android anda dan pergi ke menu setting
2. Pilih menu Mobile Network Setting
3. Tekan tab Mobile Data
4. Cari Access Point Names (APNs)
5. Kemudian tekan simbol ini " ⠇" yang berada diatas menu sebelah kanan
6. Tekan New APN

Masukkan setting APN Digi di bawah:

Name: Digi Internet
APN: diginet
Proxy: Not Set
Port: Not Set
Username: Not Set
Password: Not Set
Server: Not Set
MMSC: Not Set
MMS Proxy: Not Set
MMS Port: Not Set
MCC: 502
MNC: 16
Authentication type: PAP
APN Type: default,supl
APN Protocol: IPv4/IPv6
APN Roaming: IPv4/IPv6
APN enable/disable: enable
Bearer: Unspecified
MVNO type: None

*tulisan berwarna kuning adalah sangat penting kerana ia akan menjadikan internet anda lebih laju.

Syarat Menggunakan APN Digi
Sebelum anda membuat tetapan APN Digi, pastikan telefon pintar anda mempunyai ciri – ciri berikut:

1. Kad SIM yang digunakan merupakan kad SIM 4G LTE. Anda boleh menghantar SMS untuk menyemak status kad sim yang digunakan. Contoh, SMS LTE dan hanter ke 20000. Sistem akan memaklumkan jenis kad sim yang digunakan.

2. Menggunakan telefon pintar yang menyokong penggunaan 4G.

3. Mestilah berada di dalam lingkungan kawasan 4G LTE.


Kongsi artikel ini agar lebih ramai yang tahu tentang bagaimana cara setting APN DiGi yang betul, mudah dan ringkas. Tekan tab sosial media dibawah.