Bebas Bergerak Selepas 10 Malam, Boleh Rentas Antara Daerah


Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tiada lagi larangan jangka masa selepas pukul 10 malam untuk keluar bagi pengguna kenderaan persendirian di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Dari segi pergerakan sudah dibebaskan. Antara daerah (dan daerah), sudah pun dibebaskan. Jadi tiada had dari segi jangka masa untuk keluar."

“Dalam peraturan baru, tiada (had seperti peraturan sebelum ini),” katanya menerusi sidang media harian di Putrajaya sebentar tadi.

Mengenai perjalanan rentas negeri pula (pulang ke bandar atau sebaliknya), kenderaan persendirian telah ditetapkan manakala pengangkutan awam pula masih dalam kajian terperinci oleh pihak polis dan akan diumumkan dalam masa tempoh yang akan ditentukan.