JEMAAH TABLIGH: Dulu dihina, kini dipuji kerana menderma plasma darah di India


Jika sebelum ini, mereka dihina dan dikeji kerana dikatakan sebagai penyebar kepada jangkitan wabak Covid-19 di India. Bahkan seluruh media di India telah membelasah mereka hampir setiap hari sebagai penyebar virus. Media di sana juga telah melabelkan jemaah Tabligh sebagai #coronajihad.

Hari-hari pihak media menuduh Jemaah Tabligh sebagai CoronaVirus Super Spreader walaupun tidak ada bukti yg jelas. Ini telah menyebabkan berlaku diskriminasi agama yang sangat melampau, sehingga ada hospital yang tidak mahu memberi rawatan kepada pesakit beragama Islam dan menyebabkan kematian seorang bayi kerana ibunya tidak diterima oleh hospital disaat melahirkan anaknya.

Jemaah-jemaah Tabligh dari negara luar termasuk Malaysia pula ada yang dikuarantin di pusat penempatan yang sangat dhaif. Setelah mendapat keputusan negatif, dan selesai 14 hari kuarantin, ada yang masih ditahan dan dipindah ke lokap hingga sekarang.

Begitu hebat tekanan yang di alami umat Islam di sana khususnya Jemaah Tabligh. Alhamdulillah, mereka sabar. melalui arahan dari Maulana Sa’ad al-Kandhalawi selaku pimpinan Jemaah Tabligh Dunia yang berpusat di Markaz Nizamuddin, India telah mengarahkan semua karkun-karkun (orang yang terlibat dengan Jemaah Tabligh) yang sudah pulih dari wabak Covid-19 untuk membantu kerajaan dengan mendermakan plasma darah mereka untuk tujuan rawatan antibodi kepada pesakit-pesakit lain (tidak kira agama).


Hari ini, para pendakwah ini telah hadir beramai-ramai untuk menderma plasma darah mereka. Tindakan suci mereka ini telah mendapat perhatian dari kerajaan dan media sehingga dipuji oleh orang ramai di seluruh India. #Plasmajihad telah diwujudkan untuk menghargai sumbangan mereka ini.

Inilah indahnya akhlak yang diajar oleh Islam. Membalas keburukan dengan kebaikan. Semoga menjadi asbab hidayah untuk seluruh India khususnya dan seluruh dunia amnya.

Rujukan
Hindustan Times

 Lebih dari 200 anggota Jemaah Tabligh yang telah pulih dari jangkitan Covid-19 telah berjanji untuk menyumbangkan plasma untuk membantu mereka yang sedang dirawat di hospital. Ketua Menteri, Arvind Kejriwal pada hari Ahad lepas mendesak semua orang yang telah pulih dari Covid-19 untuk menyumbangkan plasma tanpa memikirkan garis agama.

Tindakan Jemaah Tabligh untuk tampil beramai-ramai mendermakan darah mereka adalah berikutan gesaan Maulana Saad kepada semua pendakwah melalui wawancara beliau dengan wakil sebuah syarikat berita di India.

Soalan: Adakah anda mempunyai apa-apa pesanan untuk pengikut anda?
Jawapan: Kami percaya dengan sistem undang-undang negara kami dan saya yakin kebenaran akan menang. Satu-satunya mesej yang telah dianjurkan oleh Markaz Nizamuddin ialah mesej kasih-sayang, keamanan dan persaudaraan.


Akhirnya, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan kepada orang ramai (walaupun pakar kesihatan adalah lebih sesuai untuk menilai kesahihan perkara tersebut) bahawa saya diberitahu bahawa dalam beberapa kes, di mana pesakit yang telah diuji positif untuk COVID-19, dan telah pulih, jika mereka menyumbangkan darah mereka untuk rawatan kepada pesakit lain yang sama, ianya akan sangat membantu dalam pemulihan awal pesakit tersebut.

Oleh itu, saya menggesa rakan-rakan saya dari Jemaah Tabligh yang telah berjaya dirawat oleh doktor dan sekarang telah diuji negatif untuk tampil dan menyumbangkan darah mereka agar pesakit lain, dari mana-mana kasta atau agama, yang masih bergelut dengan penyakit ini dapat menerima manfaat daripada kita. Kita semua adalah anak Adam.

Terjemahan daripada sumber asal:
Telagana Today

Tulisan asal: Abu Khaleef (facebook)