Update terbaru WhatsApp - Semua pengguna WhatsApp kini harus serahkan data ke Facebook atau pilih untuk menghapuskan akaun anda, ini adalah notifikasi yang akan muncul setiap kali anda buka aplikasi Whatsapp anda.
Apakah maksudnya?
Facebook kini telah berjaya dengan aplikasi sosial media dan aplikasi pesanan ringkas WhatsApp.
Namun ternyata permasalahan data dan privasi masih banyak ditemui di pelbagai aplikasi yang dimiliki Facebook.
Seperti pada update terbaru WhatsApp yang kini dipersoalkan oleh kebanyakan para penggunanya.
Update terbaru WhatsApp yang terkini, para pengguna akan mendapat pemberitahuan pembaharuan atau update Persyaratan Layanan dan Kepintaran Privasi terbaru.
Notifikasi tersebut akan muncul ketika membuka WhatsApp.
Didalam notifikasi tersebut, Whatsapp menyatakan bahawa ada 3 update terkini.
Antaranya termasuklah pengguna kini diharuskan menyerahkan data ke Facebook selaku pemilik aplikasi WhatsApp.
Sekiranya anda tidak bersetuju, kemungkinan besar anda tidak boleh menggunakan aplikasi tersebut.
Ini bermakna anda perlu menghapuskan akaun Whatsapp anda.
Mengikut terma baharu, WhatsApp meminta kira-kira dua bilion penggunanya untuk menerima syarat perkhidmatan bagi membolehkan ia berkongsi lebih banyak maklumat dengan syarikat induknya, Facebook.
Maklumat-maklumat tersebut termasuk data peribadi yang dikumpulkan oleh WhatsApp seperti alamat IP dan nombor telefon pengguna.
Kemas kini aplikasi tersebut mencetuskan kritikan dalam kalangan pengguna kerana mereka perlu bersetuju dengan terma baharu tersebut.
Jika tidak, akses seperti panggilan video dan pesanan suara akan dihentikan mulai 8 Februari ini.
