Elaun Bantuan Mobiliti PERKESO, Bantu Rakyat Malaysia Yang Bekerja Jarak Jauh

 

Bantuan PERKESO RM1000

Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Elaun Bantuan Mobiliti (EBM) bagi pencarum PERKESO yang bekerja jauh dari kediaman asal melebihi 100 kilometer. Pencarum yang menepati syarat akan mendapat elaun sebanyak RM1,000 secara sekali bayar (one-off).

Insentif ini diumumkan oleh Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan dan akan berkuatkuasa bermula 1 Oktober 2026 kepada seluruh pencarum PERKESO.

Apa Itu Elaun Mobiliti PERKESO?

Elaun Bantuan Mobiliti (EBM) PERKESO ialah elaun kewangan sebanyak RM1,000 secara one-off (sekali bayar) melalui inisiatif Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kepada pencarum melalui pindaan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) di bawah kementerian KESUMA.


Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan dibawah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) untuk memohon Elaun Mobiliti PERKESO ini:

    1. Pemohon mestilah merupakan seorang pekerja swasta (warganegara Malaysia atau pemastautin tetap) yang berdaftar dan mempunyai rekod caruman aktif di bawah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) PERKESO
    2. Kategori Situasi (Garis Masa 12 Bulan)
      • Mengikut ketetapan parlimen, elaun ini dibayar kepada pencarum/pencari kerja yang berjaya mendapat penempatan pekerjaan baharu
      • Pemohon mestilah melapor diri untuk bekerja dalam tempoh 12 bulan (1 tahun) selepas menerima bayaran Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) yang terakhir atau selepas tempoh pendaftaran penempatan semula pekerjaan Suara Keadilan.
    3. Lokasi tempat melapor diri atau premis tempat kerja baharu mestilah terletak pada jarak melebihi 100 kilometer (km) dari alamat tempat kediaman asal pemohon.
    4. Pemohon tidak layak menerima Elaun Bantuan Mobiliti sekiranya dalam masa yang sama bagi penempatan kerja tersebut, mereka sedang menerima/menuntut manfaat Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB) di bawah PERKESO.

Kadar Elaun

Kadar pembayaran Elaun Mobiliti PERKESO adalah RM1,000 dan dibuat secara one-off (sekali bayar sahaja).


Cara Memohon Elaun Mobiliti PERKESO

PERKESO setakat ini belum mengeluarkan panduan permohonan secara terperinci. Maklumat lanjut akan dikemaskini kemudian.

Untuk maklumat lanjut, sila layari portal rasmi PERKESO.